IQNA

Wanita; paling setia dalam berbaiat kepada Hazrat Ali (as)

19:09 - July 07, 2023
Berita ID: 3102829
EID GHADIR KHUM (IQNA) - 1,700 wanita Islam yang hadir di Hajjatul-Wada Rasulullah (SAW) berikrar taat setia kepada Hazrat Ali (as) pada Eid Ghadir dan tetap setia kepadanya hingga akhir hayat.

Laporan IQNA; Kedudukan sebenar wanita dalam Islam lebih terserlah dalam beberapa masa sejarah. Salah satu masa penting dan sensitif ini ialah Peristiwa Ghadir Khum 14 abad yang lalu, wanita juga secara langsung berbaiat kepada wali yang dilantik oleh Allah serupa dengan tindakan mengundi.

Dalam peristiwa Ghadir, Nabi (SAW) secara langsung memerintahkan Hazrat Ali (as) untuk mengambil baiat dari kaum wanita juga.

Mengenai masalah ini, berulang kali disebutkan dalam hadis Ghadir: “Rasulullah (SAW) memerintahkan untuk membawa bekas berisi air dan meletakkan tirai sehingga separuh daripada bekas air itu berada di satu sisi, dan separuh bekas air lagi berada di sisi yang lain, supaya wanita berbaiat dengan meletakkan tangan mereka di satu sisi air dan Amir al-Mukminin Ali (as) di sisi yang lain; dengan cara ini, ikrar taat setia wanita juga dilakukan.

Rasulullah (SAW) memerintahkan agar para wanita juga mengucapkan tahniah kepada baginda Ali (as) dan menekankan perintah ini untuk isteri-isteri beliau (SAW).

Ia juga ditulis dalam sumber Syiah dan Sunni bahawa pada hari Ghadir, 1700 wanita, termasuk Hazrat Fatimah (as) dan isteri-isteri Nabi (SAW), berikrar taat setia kepada Amir al-Mukminin, baginda Ali (as).

Dan perkara yang menarik untuk diperhatikan ialah walaupun selepas kewafatan Nabi (SAW) ramai orang yang hadir dalam peristiwa Ghadir telah berbaiat kepada Hazrat Ali (as), walaupun sebahagian dari mereka telah melanggar baiat mereka sendiri, tetapi kebanyakan orang yang melanggar baiat ini adalah dilakukan oleh lelaki, tetapi wanita yang telah bersumpah setia kepada Hazrat Ali (as), mereka berjanji setia dan menepati janji mereka dengan sepenuh hati, dan sangat sedikit daripada mereka yang mungkir janji - baiatnya.

Kita semua sedar bagaimana Hazrat Fatimah Az-Zahra (as) mempertahankan kesetiaannya dengan Hazrat Ali (as) semasa Eid al-Ghadir, tetapi bersama-sama dengannya, termasuk wanita lain yang berpegang teguh pada kesetiaan mereka dengan Hazrat Ali (as), kita boleh sebut diantara wanita yang setia memegang baiat itu adalh "Ummu Ayman" «ام‌ ایمن» sebagai muslimah dari kalangan sahabat wanita, yang dimerdekakan oleh Nabi (SAW) dan ibu kepada Usamah bin Zaid.

Ketika Hazrat Ali (as) dibawa paksa ke masjid untuk membaiat Abu Bakar, Ummu Ayman memprotes di hadapan semua orang dan  menggelar khalifah sebagai munafik. Juga, apabila tanah Fadak dirampas, Ummu Ayman bersama Imam Ali (as) adalah satu-satunya yang membantah perampasan Fadak oleh Abu Bakar dan bersaksi bahawa Nabi (SAW) telah memberikan Fadak kepada Fatimah (as).

Ummu Salma, isteri Nabi Muhammad (SAW), adalah seorang lagi wanita yang membela Hazrat Ali (as) terhadap Abu Bakar dan menggalakkan para muhajirin dan Ansar untuk menyokong Imam Ali (as). Kerana pembelaan inilah beliau (ra) dinafikan biaya pencen selama setahun dari menerima bantuan negara.

captcha