IQNA

Konferensi Antarabangsa "Quran dan Isu masyarakat kontemporari" di Iraq

8:19 - March 19, 2022
Berita ID: 3100889
TEHRAN (IQNA) - Persidangan Antarabangsa Imam Husein (as) Keempat bertajuk "Quran dan Isu-Isu Kontemporari Masyarakat" akan bermula pada 10 Mei 1401 di dewan perhimpunan "Ummu Abiha" Universiti Perempuan Al-Zahra (as) di Karbala dan akan berlangsung selama tiga hari.

Laporan IQNA di Iraq; persidangan itu akan dianjurkan oleh wilayah Huseini Darul-Quran dengan kerjasama Universiti Al-Zahra di Karbala, dan tarikh akhir untuk menerima kertas kerja dan penyelidikan yang diserahkan kepada persidangan itu telah diumumkan pada 25 Mei.

"Pola hubungan sosial dari perspektif Al-Quran", "Masyarakat yang ideal dalam cahaya Al-Quran", "Cabaran kehidupan seharian dan gambaran menanganinya dari perspektif Al-Quran", "Fenomenologi teks Al-Quran", "Al-Quran dan perkembangan budaya", "Kajian masalah sosial kontemporari dalam Perspektif Al-Quran" dan "Pembaharuan sosial dalam pandangan Imam Husein (as) dari perspektif al-Quran", adalah antara topik persidangan ini.

Persidangan ini akan diadakan dengan tujuan untuk menjelaskan pendekatan yang betul yang digariskan dan diikuti oleh Al-Quran dalam pembaharuan masyarakat, serta menonjolkan ciri-ciri pendekatan Al-Quran dalam menyeru kepada pembaharuan.

Penekanan kepada kesyumulan dan kesejagatan Al-Quran, memaklumkan umat Islam untuk memahami isu-isu kontemporari Ummah Islam, mempromosikan ilmu saintifik dan memberi nasihat saintifik kepada ilmuan pengkaji Al-Quran dan menangani isu-isu kontemporari dan isu-isu semasa umat Islam dengan perspektif Al-Quran, dan lain-lain sebagai tujuan mengadakan persidangan ini.

Salah satu syarat untuk menyertai persidangan ini ialah artikel penyelidikan yang dihantar tidak pernah dibentangkan di tempat lain sebelum ini dan bilangan muka surat artikel penyelidikan hendaklah tidak kurang daripada 20 hingga 25 muka surat dan muatan artikel tidak keluar dari tujuan persidangan.

Persidangan ini diadakan secara bersemuka dan pakar serta penyelidik yang tidak dapat menghadiri persidangan ilmiah ini, boleh menyertainya melalui program "Zoom".

Persidangan itu akan diadakan selama tiga hari (10-13 Mei 1400) dan para peserta akan diberikan sijil penyertaan, dan juga, penyelidik yang kertas kerjanya akan diterima dalam persidangan ini akan diterbitkan dalam jurnal penyelidikan saintifik yang berprestij.

برگزاری کنفرانس بین‌المللی «قرآن و مسائل معاصر جامعه» در عراق

4043823

captcha